8 Langkah Hasilkan Poster Yang Premium & Cantik Dalam Masa 5 Minit Secara Percuma

Pada kali ini kami akan kongsikan topik yang sangat menarik iaitu tips & cara untuk hasilkan poster yang premium & cantik dalam masa 5 minit secara percuma dengan hanya menggunakan Canva .Hasil poster yang bagus mampu menarik orang ramai untuk membaca .

Apa yang menariknya tentang aplikasi ini,pertama,tentulah sebab ianya percuma !

Kedua,sangat mudah digunakan kerana tidak terlalu kompleks dan sangat sesuai untuk para beginner di luar sana.

1) Bermula dengan content strategi pemasaran

Anda perlu mengenalpasti content yang sesuai dengan apa yang ada mahukan.

Sebagai contoh,jika anda menjalankan syarikat Digital Marketing. Content yang perlu ada dalam poster perlulah jelas kerana poster tersebut akan dikemaskini di laman sosial seperti Facebook,Twitter,Pinterest dan Instagram..

Langkah pertama,anda perlu daftar akaun Canva .

2) Gunakan template yang sesuai dengan content.

Canva menyediakan pelbagai koleksi template untuk pelbagai jenis katogeri.Anda perlu bijak memilih template yang bersesuaian dengan content yang anda ingin sampaikan.

Sebagai contoh,anda boleh memilih template untuk poster ataupun untuk pembentangan ,pemilihan itu perlulah berdasarkan content strategi pemasaran anda.

Selain itu, setiap perkara telah dioptimumkan dalam dimensi yang tepat untuk perkara seperti banner, tajuk, dan gambar sampingan untuk laman tertentu seperti Facebook, Twitter atau LinkedIn.

Perlu diingat bahawa templat ini bertujuan untuk menjadi batu loncatan anda untuk memulakan reka bentuk.

Bagi kebanyakan profesional, mereka bermula dari penulis hingga pereka, bermula dengan kanvas kosong boleh menjadi salah satu cabaran yang besar.

Dengan templat ini, anda tidak perlu membuat sendiri, atau mengupah pereka profesional hanya untuk membuat grafik harian anda.
Contoh templat poster yang ada :

Untuk langkah seterusnya,kami akan tunjukkan bagaimana menggunakan tools Canva

3) Guna gambar yang sesuai

Anda hanya perlu menulis keyword diruangan carian.Gunakan keyword yang sesuai supaya dapat gambar yang bersesuaian.

Canva juga membenarkan anda untuk memuat naik gambar anda sendiri ke template yang dipilih.Selain itu,anda juga boleh menambah logo pada poster.

4) Gabungkan gambar dan text menerusi tipografi

Seterusnya,anda boleh menambah text pada poster.Canva menyediakan pelbagai jenis text yang menarik. Text yang ditambah perlu mempunyai content yang detail agar mesej yang ingin disampaikan jelas.

5) Cantikkan gambar dengan filter

Aplikasi Canva ini mampu menghasilkan gambar yang cantik dengan menggunakan tool yang sedia ada.Jadi anda tidak perlu risau jika gambar yang anda gunakan terlalu gelap ataupun terang kerana masih boleh dibetulkan menggunakan tools yang sedia ada.

6) Penyesuaian saiz untuk memenuhi pelbagai platform di media sosial

Apabila sudah selesai edit gambar.Langkah seterusnya ialah memastikan saiz gambar yang akan dimuat naik sepadan dengan kriteria di media sosial.Tekan butang crop untuk set kan saiz poster.

7) Bekerjasama dengan team atau post gambar di media sosial

Apa yang menariknya tentang aplikasi canva ini adalah canva membenarkan anda untuk bekerjasama dengan team anda untuk mereka bentuk poster dengan menekan butang “share” secara langsung anda boleh berkongsi link dan team anda boleh edit.Selain itu,anda juga boleh memilih siapa yang hanya boleh lihat design tersebut.

8) Belajar hasilkan design yang menarik menggunakan course di Canva

Tahniah,anda berjaya menghasilkan kerja yang bagus.Jika anda hendak belajar dengan lebih mendalam,boleh belajar dekat Design School Canva.Dari situ anda boleh mempelajari pelbagai tutorial untuk hasilkan design yang cantik.

Selain itu juga,anda boleh mencuba Canva Pro secara percuma.Percubaan yang ditawarkan ialah penggunaan selama 30 hari.

SHARE KEPADA RAKAN:

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Responses